Kenali Vitamin Dan Mineral
Pengambilan vitamin dan mineral pada masa kini semakin meningkat. Adakah ia amalan yang sihat? Kami akan menghuraikan beberapa persoalan yang mungkin masih membelenggu pemikiran anda:
Di mana saya boleh mendapatkan produk Safwa Health™?
Produk Safwa Health™ boleh didapati di semua rangkaian Guardian Pharmacy, Farmasi Vitacare, Caring Pharmacy, Constant Pharmacy, Nadira Shoppe dan semua farmasi terkemuka seluruh negara.
Ke Atas
Saya adalah seorang lelaki di dalam umur 40-an dan mempunyai kerjaya yang begitu sibuk. Ini membuatkan saya berasa sangat letih, lesu dan kurang cergas. Tekanan di tempat kerja menyebabkan saya mudah marah setiap kali pulang ke rumah. Suplemen apakah yang dapat membantu saya menangani masalah ini?
Dengan gaya hidup masa kini, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Ini termasuklah tekanan tempat kerja, kesesakan lalu lintas, corak pemakanan tidak seimbang, kurang rehat serta masalah peribadi dan keluarga. Jika masalah-masalah ini tidak diselesaikan, anda mungkin mudah melenting dan ini akan menjejaskan hubungan anda dengan keluarga dan masyarakat sekeliling. Ia juga akan menyebabkan anda sentiasa letih dan lesu seterusnya menjejaskan kesihatan.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda memerlukan suplemen yang dirumus khas untuk lelaki bagi memulihkan tenaga dan kesihatan. Safwa Health™ Formula Lelaki merupakan suplemen tradisional yang mengandungi ekstrak Korean Ginseng, Siberian Ginseng, Tribulus dan Muira Puama.
Korean Ginseng merupakan sumber utama dalam mengatasi masalah letih, lemah dan lesu. Ia melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina daya tubuh. Manakala Siberian Ginseng berfungsi sebagai tonik untuk menguatkan sistem imunisasi dan merupakan sejenis adaptogen yang dapat membantu badan mengimbangi diri dengan tekanan.
Herba Tribulus pula digunakan untuk menambahkan tenaga dan meningkatkan kekuatan otot pada atlit. Sesetengah kajian menunjukkan Tribulus dapat membantu dalam menggalakkan penghasilan hormon testosterone sekaligus meningkatkan libido.
Muira Puama telah lama digunakan secara tradisional sebagai tonik tenaga untuk kesihatan keseluruhan. Di Brazil, ia digunakan sebagai herba aprodisiak untuk meningkatkan keupayaan seksual dan dikenali sebagai “Viagra Amazon”.
Anda perlukan:
Safwa Health™ Formula Lelaki- untuk memulihkan tenaga dan kesihatan lelaki.
|
Ke Atas
Mengapa kita memerlukan suplemen kesihatan?
Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah penting untuk mengekalkan kesihatan. Walaubagaimanapun, penyelidikan membuktikan bahawa kekurangan nutrisi berleluasa di negara-negara Barat walaupun mereka mempunyai industri pemakanan dan pertanian yang membangun dengan pesat. Ini disebabkan:
- Cara pemprosesan dan penyimpanan
- Cara-cara pertanian moden
- Pemilihan makanan yang kurang sihat
- Kadar pencemaran alam sekitar
- Pengambilan alkohol, kafeina dan ubat-ubatan
Cara masakan masyarakat Melayu, yang mengambil masa yang lama, menyebabkan orang Melayu kekurangan zat mikro. Selain daripada itu, gaya pemakanan yang semakin menyerupai pemakanan Barat juga menyebabkan kita kekurangan zat. Oleh itu pengambilan suplemen kesihatan amat digalakkan.
Anda perlukan:
Multivitamin & Mineral- yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang menyeluruh
|
Ke Atas
Saya akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Apakah cara untuk mendapat anak yang sihat dan bijak?
Persiapan untuk mengandungkan anak seharusnya bermula dua bulan sebelum kehamilan. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin dan mineral dalam pemakanan boleh memberi kesan negatif kepada tumbesaran dan perkembangan janin.
Lengkapkan badan dengan nutrisi yang sempurna dengan mengambil makanan seimbang yang halal, sihat dan sempurna. Tambahkan dengan suplemen kesihatan seperti Multivitamin dan asid lemak perlu semasa hamil untuk kehamilan yang sihat serta kesihatan anak juga terjamin.
Anda perlukan:
Multivitamin & Mineral- untuk menghilangkan keletihan semasa hamil
Minyak ikan- mengandungi DHA dan EPA untuk meningkat perkembangan otak dan mata
Kalsium & Vitamin D- untuk penghasilan tulang dan gigi yang sihat
|
Ke Atas
Ibu saya berumur 62 tahun dan mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Apakah keperluan nutrisinya supaya kekal sihat?
Pada umumnya, keperluan kalori seseorang akan menurun dengan peningkatan umur. Warga emas dinasihatkan bersenam setiap hari untuk mengekalkan kadar metabolik yang tinggi supaya berat badan tidak meningkat.
Warga emas harus memilih makanan yang rendah lemak dan kalori tetapi bernutrisi tinggi. Makanan ringan yang manis dan tidak berkhasiat harus dijauhi. Ramai warga emas mengalami masalah mengunyah kerana kehilangan gigi dan kekurangan selera disebabkan ubat-ubatan. Suplemen mutivitamin dan mineral dalam bentuk gel lembut ‘soft gel’ amat sesuai untuk warga emas bagi mengekalkan kesihatan yang optima.
Anda perlukan:
Multivitamin & Mineral- untuk meningkatkan tenaga
Vitamin E- antioksidan yang boleh mencegah penyakit kronik
Kalsium & Vitamin D- untuk menguatkan tulang dan gigi
|
Ke Atas
Mengapa saya memerlukan suplemen Vitamin C?
Vitamin C memainkan peranan penting dalam sistem ketahanan badan dalam menangani jangkitan bakteria dan virus, luka and penyakit kronik. Vitamin C tidak dihasilkan dalam badan manusia dan harus didapati daripada pemakanan secara berterusan.
Vitamin C mempunyai fungsi-fungsi yang amat penting dalam badan. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kekurangan Vitamin C termasuk stres, penyakit kronik, pencemaran kimia dalam alam sekitar serta penggunaan ubatan secara berpanjangan. Orang yang merokok, anak-anak dalam zaman tumbesaran, wanita hamil atau ibu yang sedang menyusukan anak memerlukan vitamin C yang lebih daripada orang biasa.
Walaupun vitamin C mudah diperolehi daripada buah-buahan dan sayuran seperti betik, jambu, buah kiwi, acerola dan brokoli, bahan ini mudah dioksidakan apabila terdedah kepada udara dan haba semasa memasak.
Anda perlukan:
Vitamin C- dalam bentuk gel lembut bagi memudahkan pengambilan dan penyerapan
|
Ke Atas
Saya sedang hamil dengan anak yang kedua. Apakah suplemen yang selamat untuk diambil?
Semasa mengandung, penyerapan zat besi, kalsium dan vitamin B12 meningkat. Walau bagaimanapun, ketegangan urat mungkin menyebabkan masalah seperti pedih hati. Loya dan muntah juga mungkin mengganggu selera makan.
Untuk mengurangkan masalah ini, makanlah sedikit sahaja, tetapi dengan lebih kerap. Kurangkan minuman semasa makan. Masalah sembelit boleh dielak dengan pengambilan air, buah dan sayuran yang lebih.
Anda memerlukan Vitamin B untuk meningkatkan tenaga semasa mengandung. Kalsium dan Vitamin D juga sangat perlu untuk mengekalkan kekuatan tulang serta membantu perkembangan tulang dan gigi bayi, sementara Multivitamin & Mineral membekalkan zat-zat nutrien untuk mengimbangi kekurangan dalam pemakanan.
Anda perlukan:
Vitamin B- untuk menambahkan tenaga
Kalsium- untuk menguatkan tulang dan gigi
Multivitamin & Mineral- yang mengandungi asid folik serta zink dan zat besi
|
Ke Atas
|
|