
Ianya mampu dimiliki serta boleh diperolehi di rangkaian farmasi utama negara. Apa yang penting, kami mempunyai rangkaian kategori produk yang semakin berkembang. Sebagai permulaan, kami mempunyai di bawah kategori vitamin, mineral, ramuan herba & supplemen lelaki.
Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mempunyai keluarga yang besar, secara tidak langsung ini memberi kesan terhadap kewangan keluarga. Produk Safwa Health™ dijual pada kadar harga yang sesuai untuk belanjawan kebanyakan keluarga.
Adalah tanggungjawab Safwa Health™ untuk memberitahu serta menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai pentingnya kesihatan dan nutrisi. Melalui program seperti syarahan bersifat pendidikan, forum awam dan penasihat produk, kami berwawasan untuk merealisasikan motto kami: Suci,Sihat, Sempurna. Memberi peluang kepada para pengguna untuk hidup ceria dan sihat adalah sasaran kami, selain daripada memperbaiki kualiti kehidupan warga Islam di Malaysia.